Tuesday, January 5, 2010

Salam Maal Hijrah dan Selamat Tahun Baru 2010

Rasanya belum terlambat lagi untuk memberi Salam Maal Hijrah dan Selamat Menyambut Tahun Baru 2010. Semoga tahun yg mendatang akan memberi keyakinan dan ketabahan kepada kita dalam mendidik anak-anak murid.

Maaf kerana halaman utama ini belum lagi memaparkan berita-berita mengenai kegiatan j-QAF di Negeri Sembilan. Insyaallah, jika mendapat berita-berita terkini, akan saya muatkan ke dalam blog. Bagi guru-guru j-Qaf yang ingin mendapatkan serba sedikit maklumat, saya telah muat naik sedikit demi sedikit bahan-bahan yang diperlukan.

Anda boleh muat turun pada bahagian Maklumat Pendidikan pada Menu Utama atau pun pada link yang tertera pada blog ini. Jika ada maklumat terkini atau berita-berita yang boleh dikongsi bersama, boleh juga cadangkan kepada saya atau tinggalkan pesanan pada buku tetamu.

Monday, November 23, 2009

Assalamualaikum,
kepada semua yang mengunjungi blog ini, diharap dapat bersabar kerana blog ini masih lagi dalam pembinaan. Insyaallah, info dan berita akan dimasukkan dalam sedikit masa lagi. Terima kasih.


Free Blog Templates